Translate

Friday 20 July 2018

Tips-tips untuk berjaya dalam perniagaan.

Assalamualaikum,

Hari ni nak kongsikan Tips-tips untuk berjaya dalam perniagaan.

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ni.  Klik link di atas.. Moga kita sentiasa akan ada motivasi yang positif. Doakan untuk saya juga,  moga perkongsian ini bermanfaat.

Wassalam.


Monday 16 July 2018

Bekerja sambilan di rumah. Cara mudah.

Assalamualaikum wbt.

Teman-teman,  adik-kakak, tuan- tuan dan puan-puan sekalian .




Jika berminat untuk maklumat lanjut boleh wasap saya di 0196677313.
Atau boleh klik Sini

Sekian. Wassalam.

Thursday 12 July 2018

Peluang mendapat pendapatan secara sampingan di rumah.

Assalamualaikum wbt.

Ampun maaf lama tak sempat nak update blog ni. Doakanlah moga kita sama-sama dimudahkan segala  urusan dan diberikan rezeki yang halal. Moga kita juga dapat untuk menjadi seseorang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Moga Allah selamatkan maruah kita supaya kita tidak menjadi orang yang selalu meminta-minta.

Moga kita semua diberkati dan diselamatkan dunia akhirat. Moga usaha-usaha kita tidak menjadi sia-sia.

Saya hanya mampu kongsikan Panduan mudah cari wang sampingan, secara sambilan atau sepenuh masa (sila klik)

Moga usaha kita,  maju jaya. Salam hormat.

Wassalam. 

Monday 16 April 2018

Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita..

Sesungguhnya... Saya tak pandai untuk menasihati. . Diri ini banyak kelemahan.. Apa kata kita ikuti saranan daripada orang yang lebih berilmu..

Moga sama-sama kita dapat manfaatnya.

Wassalam. 

Saturday 7 April 2018

Kisah kawan yang sakit lutut.

Salam semua, 

Lama saya tak update blog ni.. Terima kasih kepada para pengunjung yang  masih sudi membaca. 

Tadi ada perkongsian dari seorang kawan.  Jadi manalah tau kalau-kalau ada antara kawan atau Sedara mara kita ada masalah yang sama. Sika baca kisah beliau. 
*Jika ada sebarang pertanyaan boleh wasap 0196677313. 

Kisah daripada seorang kawan yg sakit lutut : 

saya dh lama sakit lutut(osteoarthratis) hampir 10 tahun sejak umur  40an lg. sy mula operate pd tahun 2013.kedua lutut dh operate 5 kali dan lutut sy digantikan dgn lutut besi((Transplant Knee Replacement). selepas operation lutut sy masih sakit sehingga akhir tahun lepas baru saya leh berjalan tanpa tongkat dan kerusi roda. syukur pd Allah saya ditemukan dgn produk melalueca. saya mengamalkan set vitality 6 nutragene dan deepwater mega. semua produk itu membuktikan kebersanan slpas saya makan 2bulan. saya boleh berdiri lama berjam jam membuat kerja rumah tanpa rasa sakit. malah saya sentiasa rasa segar bugar setiap bangun pagi hingga ke malam tanpa rasa penat. otot saya lebih kuat berbanding sebelumnya dan saya leh memandu jauh sehingga ke Kelantan tanpa rasa sakit dan juga mampu naik apartment 4 tingkat. saya amat syorkan sesiapa yg belum ada masalah lutut atau sedang mengalami sakit lutut eloklah amalkan vitality 6 dan yg terkini saya keputusan pakar minvgu lpas menunjukkan kolestrol saya turun dr 9 ke 1.2 iaitu normal. dan doktor pakar saya mengatakan klu 6 bulan lg reading saya sama maka saya tak perlu ambil ubat hospital lagi. malah dlm 6 bulan sblum keluar kepusan darah saya, saya tidak ambil lansung ubat hospital. saya hanya ambil semua vitality 6 dan result kolestrol sy normal dan semua penyakit saya hilang dan syukur Alhamdulillah saya sangat sihat. klu nk sihat ikut apa yg saya amalkan sekarang.





Sunday 29 May 2016

Begini rasanya bila berlakunya perpisahan walau ia hanya barang pinjaman..

Salam semua,

Terkesan sekali perasaanku kini untuk dikongsikan bersama pencinta-pencinta kucing khususnya dan semua yang sedang dan pernah membaca blogku yang tak seberapa ini...

Renung-renungkanlah...

Ya Allah begini rupanya, bila berpisah walau hanya dengan makhluk yang kau pinjamkan. Sedangkan Dikau ya Allah tentu sekali lebih menyayangi hamba/makhluk ciptaanMu .

Engkau menyayangi hamba ciptaanMu melebihi daripada seorang ibu yang menyayangi anaknya.

Tapi kami selaku hamba tidak pernah Memperlakukan Dikau Selayaknya. Patutlah aku diberi rasa begini supaya aku faham..BAGAIMANA Allah tidak murka kepada hambanya yang tidak mahu menyembah Allah dengan khusyuk/ bersungguh-sunguh...kami hanya bersantai-santai sedangkan Allah telah memperlakukan kami dengan sebaik-baiknya dan memberikan segalanya sejak kami masih bayi hingga apa yg kami kecapi sekarang...

Sedangkan seekor kucing yang kujaga sejak bayi pun aku rasa susah/ sedih apabila ia tiada di depan mata...tapi Dikau ya Allah begitu mudah aku lupakan dalam kehidupanku sedangkan tiap nafas yang kusedut adalah pemberianMu...

Makan minum, ibu ayah, anak-anak, kawan-kawan dan apa yang kuingini Kau izinkan menjadi milikku....

Ya Allah fahamkan aku tentang erti dan rasa syukur dengan segala nikmat kurniaanMu selama ini...ya Allah ampun dan taubatkan aku atas segala kelalaianku dalam membesarkanMu dalam mengingatiMu tiap detik dan masa...

Ampunkan aku ya Allah..
Ampunkan kami ya Allah....











Tanngal 26 Mei 2016, Monn berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik untuknya, pada malam Jumaat yang bersejarah, 19 syaakban 1437H.


Wednesday 22 July 2015

Jojo...oh..Jojo..Ke mana kamu pergi..

Bismillahirrahmanirrahiim,

Ampun maaf, lama dah tak kutulis di blog ini...lama dah terbiar..

Apalah hikmahnya ya..sehingga tarikh ini, 22 Julai 2015, bersamaan 6 Syawal 1436 H.  Hati ini teringat- ingat akan sesuatu..merindui sesuatu..ia bukanlah teman atau saudara...tetapi ia hanyalah seekor anak kucing yang baru berusia 4 bulan genap hari ini..

Syahdunya bila terkenangkan, kami sekeluarga balik ke kampung pada 14 hb Julai lepas...Jojo didapati hilang oleh penjaga yang kami amanahkan untuk menjaga dan memberi makan kepadanya pada 16 hb...sehari sebelum menyambut Aidil Fitri...

Sebelum itu, dia sakit,kami telah bawa ke vet dan dah bagi Jojo makan ubat tiap hari...kesihatannya dah hampir pulih..mulanya kami nak tinggalkan Jojo dan kembarnya Dolly serta ibu dan abangnya ke tempat boarding kucing.  Oleh kerana kesihatannya tak mengizinkan jadi kami ambil keputusan untuk tinggalkan saja di rumah dengan mengupah seorang 'bibi' yang kami kenal untuk memberi makan di rumah sahaja...

Hari ini Jojo sudah umur 4 bulan, tapi Jojo di mana..bilakah Jojo nak balik..kenapa adik, abang dan mak Jojo masih ada..adakah Jojo terlepas..atau ingin jalan-jalan tapi tak tau jalan pulang..??  !! Aaah..

Moga jika sesiapa yang terjumpa Jojo, silalah berhubung dengan saya, 018-3231997.  Jojo ni kurang sihat, dia perlu perhatian dan penjagaan rapi.

Menyesal juga, tidak bawa balik untuk menjaganya...moga adalah hikmahnya..apa boleh buat...Jojo tak tahu,hilang entah ke mana..moga ada yang menjaganya dengan baik..dan sudilah kiranya menghubungi tuannya di no telefon di atas.

Sesiapa yang ada kehilangan anak kucing, mesti boleh faham bagaimana rasanya..walaupun ia hanyalah seekor anak kucing..!! Apatah lagi jika kehilangan itu seseorang yang lebih bermakna!!  Tentu tak sanggup..bukan!!

Ya Allah, hambaMu merayu moga..dikembalikan Jojo...dengan kekuasaanMu,dengan berkat orang-orangMu..dan akan kutebus dengan apa yang termampu..!

Moga diterima,dikembalikan atau diganti dengan sesuatu yang lebih baik di sisiMu ya Allah...


Inilah Jojo masa usia 2 bulan, waktu sihat.

 Jojo, disebelah kanan
 Jojo tidur di sebelah kanan
  Jojo dan Dolly masa baby...❤❤😹😹😭😭

Jojo Di tempat boarding 2 bulan yang lalu, masa cuti sekolah yang lepas.

Sekian. Wassalam.


Tuesday 10 March 2015

Kisah Sejarah Mahsuri

Bismillahirrahmanirrahiim,

Entah kenapa baru terlintas, nak menulis.  Sudah kucari kisah yang asli, moga ia adalah sesuatu yang sebenar...

Terima kasih kepada saudara yang berusaha mencari infomasi yang berharga ini dan penulis blog asal...

Al Fatehah untuk 'Bonda  Mulia Mahsuri' .....moga rohnya ditempatkan bersama para aulia dan para shuhada dan moga keturunannya sentiasa dilindungi dan diselamatkan daripada musuh-musuh lahir dan batin.

Sila lah baca kisah Mahsuri dalam versi yang mungkin anda belum pernah mendengarnya...

Sekian,
Ampun maaf,

Wassalam
1.15 am, 11 Mac 2015.

Tuesday 30 December 2014

AirAsia QZ8501 : Dulu MH, kini QZ pula..Ooh begitu sekali 2014 melabuh tirainya dengan membawa pelbagai berita untuk manusia insaf !!


Salam semua,

Salam semua,

Hari ini dalam sejarah negara jiran kita, di ambang berlabuhnya tirai tahun 2014. Tanggal 30 Disember, selasa 8 Rabiul Awwal 1436 Hijrah, sudah jelas sekali, berita yang diharapkan tidak seburuk yang disangkakan, tiba-tiba terjawab sudah dengan pantas sekali.  Tentu emosi mereka sukar dikawal....bagi kita Malaysia, pesawat yang pertama, 'hilang'. Yang ke 2 pula memakan masa yang agak panjang, penantian dan pengharapan itu tentulah suatu penyeksaan bagi yang menanti...

Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa disebalik peristiwa besar yang mengejutkan berturut-turut pada 2014 ini. Ia melibatkan pesawat MH 2 BUAH, MAS dari Malaysia, KEMUDIAN AIRASIA, QZ 1 BUAH dari Surabaya ke Singapura.

Saya bukanlah penganalisis, pengkaji atau siapa-siapa, cuma saya suka untuk berfikir apakah ini suatu kebetulan, bagi kita mungkin ya, tapi hakikatnya ia adalah suratan takdir. Kita hanya mampu mencari sebab, punca mengikut logik akal kita yang terbatas. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tetapi Allah ada menjanjikan barang siapa yang bersabar, dengan segala ujian dan musibah di dunia ini, mereka akan diberi ganjaran yang besar.  Allah tidak sesekali menzalimi hambanya, hanya kita yang selalu menzalimi diri kita.  

Mari kita renung begini, andai tiada masalah yang menimpa kita, adakah kita akan sering mengadu kepada yang Mencipta kita? Jika kita di Malaysia tidak ditimpa musibah banjir, adakah kita akan buat solat hajat atau merayu-rayu pada Allah agar masalah diselesaikan segera.  Memang kita manusia sifatnya pelupa, tapi atas kasih sayang Allah, Dia ingin kita kembali krpadaN y a dengan pelbagai cara, cuma kita yang tak faham hikmah sesuatu kejadian itu. Pada mata kita buruk, tapi hakikatnya baik untuk sesorang hamba itu merasa betapa kerdil dan dhaifnya diri kita, tak mampu menangkis sebarang ketetapan atau kuasa Allah yang berlaku, kita sangat lemah, apa-apa saja dan bila-bila masa saja boleh berlaku pelbagai peristiwa yang tak terduga.  Moga kita semakin matang dan insaf setelah berlakunya pelbagai peristiwa amaran daripada Allah swt.

Mari kita berfikir lagi, Malaysia, Indonesia, Singapura. 3 Buah  negara berjiran.
Dulu MH, melibatkan rakyat dari Malaysia, Cina, Belanda, Amerika dan beberapa negara lain, yang pastinya ada kru dan rakyat dari Malaysia. Kini paling ramai rakyat Indonesia. Dalam kes MH Dulu negara yang berkuasa besar juga terlibat.

Kini 3 negara berjiran dalam operasi menyelamat.  Adakah negara-negara yang terlibat akan membatalkan juga acara sambutan tahun baru?... seperti Malaysia setelah berlakunya banjir besar... Marilah kita memuliakan bulan Rabiul Awwal ini dengan banyak mengingati sejarah perjuangan baginda Rasul yang mulia,,, tentulah ia lebih menyayat hati jika dikenangkan dan dibandingkan dengan apa yang berlaku pada kita hari ini..

Sekian untuk renungan bersama.

8.50 pm selasa. 30 december 2014.

-------------------------------------------------------------


Pegawai Indonesia sahkan temui mayat penumpang AirAsia QZ8501.


Anggota mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia menemui mayat terapung di lautan hari ini dalam operasi mencari pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 yang hilang sejak Ahad, kata Ketua  Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia Bambang Soelistyo di sidang akhbar yang diadakan di Jakarta, hari ini.

Al-Jazeera turut melaporkan 6 mayat ditemui di Laut Jawa berhampiran di mana serpihan pesawat itu ditemui.

Waris 162 penumpang dan anak kapal pesawat itu yang mengikuti sidang akhbar itu dari pusat krisis di Surabaya kelihatan saling berpelukan dan menangis.


“Pada jam 1.25 petang, kami melihat objek terapung dipercayai mayat salah seorang penumpang,” katanya.
Situasi di pusat krisis di Surabaya itu tegang dan penuh emosi, dengan ada yang menjerit dan menangis tidak berhenti.
Seorang lelaki pengsan dan terpaksa dibawa keluar dengan pengusung.
Bambang berkata satu pesawat tentera udara hari ini menemui 'bayang' di dasar lautan dipercayai pesawat AirAsia yang hilang itu.
“Tuhan merahmati kita hari ini.
“Pada 12.50 tengah hari pesawat tentera udara Hercules menemui objek digambarkan sebagai bayang di dasar lautan dalam bentuk kapal terbang,” katanya.
Bambang berkata pencarian kini akan tertumpu di lokasi di mana “bayang” dan serpihan itu ditemui, kira-kira 160km barat daya bandar Pangkalan Bun.
“Semua anggota mencari dan menyelamat akan dipindahkan ke lokasi itu.
“Tugas mereka ialah untuk mencari dan memindahkan semua objek atau mayat penumpang.
“Saya akan pastikan semua dibawa ke Pangkalan Bun, lokasi paling hampir dengan lokasi objek,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan serpihan yang ditemui hari ini dalam operasi pencarian udara pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 disahkan sebagai sebahagian daripada pesawat yang hilang itu, lapor AFP memetik kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo.
“Untuk masa ini, boleh disahkan ia adalah pesawat AirAsia dan menteri pengangkutan akan bertolak secepat mungkin ke Pangkalan Bun.
“Berdasarkan kepada pemerhatian anggota mencari dan menyelamat, beberapa benda penting ditemui seperti pintu penumpang dan pintu kargo. Ia di lautan, 160km barat daya Pangkalan Bun,” katanya merujuk kepada bandar di Kalimantan Tengah, di kepulauan Borneo.
Anggota pencari dan penyelamat Indonesia awal hari ini menemui beberapa objek kelihatan seperti slaid kecemasan dan pintu pesawat di lautan ketika menjejaki pesawat AirAsia yang hilang pada Ahad dalam ribut ketika merentasi Pulau Jawa.
Bambang berkata beliau 95% pasti serpihan yang dilihat di perairan Kalimantan, Indonesia itu adalah sebahagian daripada pesawat AirAsia yang dianggap terhempas 2 hari lalu.
“Saya pasti 95% rakaman gambar itu adalah serpihan disyaki daripada pesawat itu,” katanya kepada wartawan.
Pesawat Airbus 320-200 bersama 162 orang penumpang dan anak kapal berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad dan dijadualkan tiba di Singapura pada 8.20 pagi tetapi hilang komunikasi dengan menara kawalan trafik udara Indonesia pada 7.24 pagi.
Seramai 155 daripada mereka adalah warga Indonesia dan seorang dari Malaysia.
Sementara itu, pada 4.11 petang tadi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes di Twitter berkata:”Hati saya sangat sedih untuk semua keluarga terlibat dalam QZ8501. Bagi pihak AirAsia yang mengucapkan takziah untuk semua. Saya tidk boleh ucapkan dengan kata-kata betapa kesalnya saya.”
Beliau kemudian memaklumkan akan bergegas ke Surabaya.
“Kami di AirAsia akan melakukan segala yang termampu,” katanya di Twitter, dan ramai pengguna Twitter lain menyampaikan rasa simpati dan memintanya tabah. – 30 Disember, 2014.

Pegawai Indonesia sahkan temui mayat penumpang AirAsia QZ8501
- sumber asal-The Malaysian Insider - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pegawai-indonesia-sahkan-objek-ditemui-serpihan-airasia-qz8501

Sunday 14 December 2014

part 3 :Jejak kembali ke Pulau Langkawi, Pulau Lagenda (6-9 Dec 2014)

Sambungan dari part 2 :

Bergerak untuk Island Hopping ke Pantai Chenang, pagi Isnin, 8 dec.

Pembahagian bot, biasalah anak-anak kecil kena sekali mak ayah












Jejak kaki ke Pulau Beras Basah








Mandi laut 1 jam di perhentian Pulau Beras Basah
Sambung ke part 4..


part 2 :Jejak kembali ke Pulau Langkawi, Pulau Lagenda (6-9 Dec 2014)

Sambungan dari part 1...

Sementara menunggu juru ukur bertauliah, cuaca tengahari yang agak panas...



Ke rumah PL Mat setelah selesai berurusan dengan juru ukur.



Keluarga P L Mat berbaik hati menjamu kami bihun goreng, teh panas dan oren sejuk





Di Kuala Teriang





Ke rumah penyewa asal yang bina rumah di Kuala Teriang


Walaupun kami sampai di rumah H Non menjelang maghrib, mereka tetap meraikan kami dengan juadah kuih muih dan teh panas...syukur, Alhamdulillah.

Di rumah H Non, bersama bapanya, 7 hb dec.

Pemilik kedai tepi jalan di tanah di Kuala Teriang.

Sambung ke part 3